Skip to content

Latest commit

 

History

History
345 lines (280 loc) · 12.8 KB

bawaku-terbang-treatment.md

File metadata and controls

345 lines (280 loc) · 12.8 KB

telefilem.md


BAWAKU TERBANG

TREATMENT  
(25 SCENE = 35 MIN)  
By MAIZURA

EDERISACT I

1. EXT. LAPANGAN TERBANG SUBANG/KLIA/KLIA2. SIANG

Am leka memerhati kapalterbang berlepas dan mendarat. Wajahnya sedih kerana dia tidak dapat menjadi juruterbang. Dia redha kerana tidak mencapai cita-cita dan teruskan hidup mengikut arus sahaja...tanpa matlamat... (V/O AM)

2. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG

Am bersungguh main game kapalterbang dan sedang berlumba dengan seseorang yang menggunakan icon ahli Avengers tapi dia tak tahu siapa dia. Am kalah. Dia kecewa.

Rakan sebelah meja (Faiz, 20-an) menegur supaya teruskan kerja sebab bos akan masuk nanti. Am buat tak peduli dan terus bermain dan berlumba dengan gamers lain pulak…

INTERCUT

3. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. SIANG SAMA

Kita nampak sebuah bilik asrama dan seorang perempuan 20-an sedang berlumba main game kapalterbang dengan Am. Tapi kita tidak tahu siapa dia dan di mana lokasinya. Am menang dalam perlawanan itu dan berlagak. Dia menghina gamer yang kalah.

Gamer perempuan tadi berang dengan penghinaan Am lalu terjadi lah pergaduhan antara mereka di ruang chat. Pergaduhan semakin lama semakin hangat...

Am beritahu Faiz tentang gamer perempuan ni yang perasan bagus. Faiz nasihat supaya sudah-sudah lah tu, nanti bos balik.

Gamer perempuan tadi beritahu rakan sebiliknya tentang perangai Am - seorang gamer perasan bagus yang dibencinya oleh ramai orang dalam komuniti gamers.

Bos masuk pejabat dan terus mengamuk tengok Am main game! Bos suruh Am jumpa dia kat bilik! Am kecut perut. Faiz bisik kata "kan aku dah cakap.”

24. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN (BILIK BOS). SIANG SAMA

Bos marah Am sebab tak siapkan kerja. Client dah bising. Am selamba kata dia tak minat kerja design. Tak sesuai dengan jiwanya. Bos semakin lah bengang. Bos bagi kata dua...

Am kena berubah jadi manusia yang ada matlamat atau keluar dari office dia!

Selepas konfrontasi itu, baru kita reveal yang bos itu adalah abang sulung Am (Abang Long). Patut lah Am berani berhujah dan bercakap pun "selamba badak" jer.

5. INT. RUMAH SEMI D - MASTER BEDROOM. MALAM

Abang long mengadu pada isterinya (Kak Ita) tentang perangai Am yang addicted to game. Sesuatu yang melalaikan. Abang Long risau sampai bila dia nak tanggung Am. Tak pasti macamana masa depannya kalau begitu lah perangainya. Dia pun malu pada kakitangannya yang lain di pejabat. Sebab adik sendiri tak perform. Reveal character spoilt brat Am kat sini melalui dialog laki bini tu.

Abang Long macam nak salahkan mak dan ayahnya yang manjakan sangat Am. Kak Ita tegur... tak baik ungkit pasal orang yang dah tak ada. Abang Long tersedar.

Kemudian, Abang Long bagitau dia kesal kerana Angah dan Ude langsung tak pedulikan Am. Padahal mereka lagi senang. Kak Ita kata mereka tu bisnes besar-besar dan sibuk ulang alik ke luar negara.

6. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA

Am bermain game lagi di dalam bilik pula - guna laptop dan sedang berlumba kapalterbang dengan seseorang.

INTERCUT

7. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. MALAM SAMA

Gamer perempuan berlumba game kapalterbang dengan Am. Dia kalah lagi. Macam biasa Am cakap berlagak. Dia bengang dan mencabarnya supaya bawak kapalterbang betul kalau dah terrer sangat.

Am tercabar!

8. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA

Sepanjang malam, Am termenung jauh kenangkan cabaran Julie.

TIME LAPSE

8A. Am turun dari katil...Dia buka almari dan lihat

model-model kapalterbang kayu yang disimpannya sejak kecik. Dia teringat cita-citanya yang terpaksa berkubur. Am tenung kapal terbang kayu itu…

9. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG (NEW DAY)

Am masih termenung depan komputer. Faiz, hairan. Aik? Tak main game pulak hari ni? Padahal bos tak ada? Am terus fikir dan tak pedulikan pertanyaan Faiz "dah insaf, ke...semalam kena marah?"

Kemudian, Abang longnya masuk. Dia tak marah Am sebab Am tak main game hari ini dan berlalu ke biliknya. Tapi tak semena-mena, Am bangun dan pergi ke bilik abangnya.

10. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN (BILIK BOS). SIANG SAMA

Abang Long terkejut bila Am datang jumpa dia. Selalunya Am akan menyorok dan mengelak dari jumpa dia kerana kerja tak siap. Abang Long perli Am yang nampak rajin hari ni... tak panggil pun datang. Bagus! Abang Long sangka Am dah berubah..rentetan terkesan dengan nasihatnya semalam. Tiba-tiba Am kata nak berhenti kerja sebab nak kejar cita-cita. Abang Long terkejut.

Am keluar. Abang long tertanya-tanya sendiri "dia ada cita-cita ke? (pada pandangan abang long, adiknya itu memang hampeh lah)

11. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM

Am mengadap laptop dan google Cara Menduduki Semula Peperiksaan SPM Ulangan & Pendaftaran Calon Persendirian SPM! Muka Am seperti mendapat semangat!

12. INT BILIK ASRAMA PEREMPUAN. MALAM SAMA

Gamer perempuan buat video cara-cara menjaga muka dan mengelak jerawat. Dia perkenalkan diri sebagai Julie dan bagi tips kepada follower IG nya.

INTERCUT

13. INT. RUMAH SEMI D - BILIK. MALAM SAMA

Am tengok video Julie tu dan kutuk... Dia sangka Julie bercita-cita nak jadi macam Datuk Seri Vida. Am kata Julie takkan boleh berjaya kerana di luar sana, beriburibu usahawan kosmetik lahir dalam tempoh dua minit... 4jadi persaingan adalah tinggi. Am nasihatkan Julie berhenti berangan dan pergi buat kerja lain yang lebih berfaedah.

Julie geram baca komen Am. Kawan sebiliknya, Lisa, tanya samada Julie pernah jumpa Am di luar. Julie kata selama ni mereka cuma kenal di sosial media dan bermula dengan main game. Lisa tanya siapa Am sebenarnya? Julie kata dia pun tak tahu sangat sebab Am tak banyak post apa-apa di media sosial.. Am lebih banyak main game dan kadang-kadang komen posting IG dia untuk tujuan mengutuk. Julie rasa Am ni seorang yang tak ada ramai kawan, looser dan tak ada life!

TIME LAPSE

14. EXT. RUMAH SEMI D - HALAMAN. SIANG (NEW DAY)

Am semangat nak pergi tusyen untuk SPM, galas beg. Abangnya kata hentikan lah usahanya nak ambik subjek Fizik dan Matematik yang dia kantoi dulu. Lagi pun, abang Long tak ada duit sebanyak RM350k untuk realisasikan cita-cita Am itu. Am kata dia boleh pergi interview di styarikat airlines lepas lulus Fizik dan Maths nanti.

Kalau dapat, boleh buat PTPTN atau loan bank... Hmmm... Abang Long tak yakin. Ramai berebut-rebut nak masuk airlines...ribu-ribu yang datang interview tapi berapa kerat sahaja yang diambil... Am bengang abang tak sokong dan blah.

Kak Ita muncul. Abang Long bagitau Am tu semangat dia hangat-hangat tahi ayam jer... Abang Long yakin dua tiga hari lagi, mesti Am balik semula ke syarikat dia...

15. EXT. BANDAR-SUATU TEMPAT. SIANG SAMA

Am berjumpa Faiz selepas tusyen dan Faiz menasihati yang sama pada Am... jangan harap lah nak dapat interview airlines. Faiz pujuk Am kembali ke syarikat abangnya sebab peluang cerah di situ. Tapi Am tetap nak teruskan..

16. EXT. BANDAR-PERPUSTAKAAN/SEKOLAH/BILIK. SIANG

SAMA Montaj :

  • A. Am belajar sungguh-sungguh subjek Maths dan Fizik di perpustakaan (boleh cheat di perpustakaan Flying School)
  • B. Am dalam bilik, bersiap dengan penuh semangat nak pergi ambik SPM.
  • C. Am tekun menjawab soalan peperiksaan SPM di dalam dewan.
  • D. Am lulus dengan credit! Am melompat riang...tapi sorang-sorang!

17. INT. RUMAH SEMI - D (BILIK). MALAM

Slip keputusan peperiksaan atas meja. Am google tentang temuduga sebagai kadet di airlines. Kak ita ketuk bilik dan masuk bagi hadiah sebab Am berjaya ulang subjek yang dia tak dapat kredit.

Am buka hadiah... ia sebuah buku motivasi kejayaan. Am ucap terima kasih. Kak Ita kata dia tak sangka Am segigih ni. Ini macam bukan Am jer? Kak Ita tanya apa yang buat Am berubah?

Leteran-leteran Abang Long ke? Am diam sahaja. Dia tak bagitau tentang cabaran Julie.

Tanpa mereka sedari, Abang Long lalu di luar bilik dan terdengar perbualan mereka... Kak Ita beri semangat pada Am untuk mohon temuduga airlines. Muka Abang Long macam tertampar bila isterinya pula yang memberi galakan pada adiknya...

Kak Ita tanya kalau dapat nanti, ada ke airlines nak bagi biasiswa? Kak Ita dengar sekarang ni dah tak ada syarikat yang fully sponsor student pilot? Am beritahu memang dah tak ada sekarang. Tapi kalau dapat di airlines, dia boleh buat pinjaman PTPTN atau loan bank atau mohon biasiswa negeri. Am harap abang long dia mau jadi penjamin kalau dia buat loan nanti. kak Ita janji akan slow talk dengan abang long.

18. EXT. SYARIKAT AIRLINES. SIANG (ACT 2)

Am gembira pergi interview di syarikat airlines. Dia terus buat video beritahu yang dia nervous nak masuk interview dan mintak rakan-rakan doakan dia.

Kemudian, Am tunjukkan ramai calon lain sedang berbaris menunggu giliran...ramainya... Am bagitau dia tak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini... Dan ini kerana cabaran seseorang.. Am cakap kat kamera...kepada orang itu...tunggu dan lihat lah nanti.. (Am over confident)

19. EXT. PADANG BOLA JARING. SIANG SAMA

Julie terkejut bila tengok video Am itu. Julie tak sangka Am sahut cabarannya. Kemudian, Julie mencebik...poyo jer mamat ni siap buat video... padahal belum tentu dapat.. 6tengok lah calon yang beratur tu...beribu-ribu lemon! Julie ketawa..

20. INT. BILIK INTERVIEW AIRLINES. SIANG SAMA

Am duduk depan beberapa orang panel yang serius. Mulamula Am boleh jawab soalan dengan baik dan lancar. Tapi bila tiba pada soalan yang susah dan tricky, Am mula berpeluh dan nervous! Jawapannya lintang pukang dan berterabur. Bahasa Inggerisnya juga ke laut! Ada panel yang geleng kepala tetapi ada panel yang tersenyum suka.

21. EXT. LAPANGAN TERBANG SUBANG/KLIA/KLIA 2. SIANG SAMA

Am termenung sendirian dan sedih di luar pagar airport.

Dia memerhati kapalterbang berlepas dan mendarat di landasan dari jauh. Am rasa segala usahanya selama ini sia-sia. Am bukak phone dan tengok IG Julie. Dia menyesal kerasa sahut cabaran Julie. Kemudian, Am check gambar-gambar Julie...semuanya gambar Julie sorangsorang sedang bergaya, berfeysen dan bersolek. Am mencebik dan tuduh Julie seorang yang loner dan looser! Mungkin sedang perasan jadi model atau jutawan kosmetik.

22. INT. PEJABAT GRAPHIC DESIGN. SIANG (NEW DAY)

Am masuk pejabat dengan gaya lemah longlai...tak semangat...duduk di meja kerjanya yang dah lama ditinggalkan. Meja itu kosong tanda tak ada orang duduk sejak dia ambil SPM hari tu. Am pandang komputer skrin besar depannya tapi tak semangat nak on kan... seolah cita-citanya dah musnah...hidupnya tiada arah.

Faiz datang dan gembira tengok Am kembali ke pejabat. Faiz tarik kerusi dan duduk sebelah Am...bagi semangat kat Am supaya kerja sungguh-sungguh kat sini.. Faiz kata Am bertuah kerana ini syarikat abang dia.. "Kau boleh belajar macam-macam dari abang kau... Aku sendiri jadikan abang kau idola aku tau... aku nak jadi macam dia...Aku nak belajar segala ilmu daripada dia.. Kau adik dia, rugi kalau kau tak ambik peluang ni... Am diam jer. Faiz nasihat lagi, "kau take for granted selama ni... Sebab semua kau boleh dapat dengan mudah... rumah tak payah sewa, kereta pun kau pakai arwah bapak kau punya... so, kau tak ada rasa nak struggle to be better. Dah, lepas ni kau kena fokus betul-betul pada bidang design ni..."

Am biar jer Faiz membebel sebab dia memang tak minat pada bidang design walaupun peluang nak naik di syarikat ini terserlah kerana syarikat abang dia. Am sekadar mengeluh. Faiz rasa sia-ia jer nasihat Am. Dia tarik kerusi kembali ke mejanya.

Tetiba Am dapat panggilan dari seseorang. Am jawab kasar macam nak marah pada pemanggil. Tiba-tiba mata Am terbeliak macam tak percaya. Am kemudiannya melompat 7bintang! Faiz terpinga! Am jerit, aku berjaya! Faiz makin hairan. Am peluk dan cium pipi Faiz dan terus blah! Faiz bengang dan lap pipinya itu dengan tisyu! Kemudian buat gaya geli geleman!

ACT II

23. EXT. JALAN DEPAN LAPANGAN TERBANG LANGKAWI & PANTAI. SIANG - AWAL PAGI - NEW DAY (SEKITAR JAM 7 PAGI)

Montaj berlagu riang dan penuh semangat...
Matahari baru naik dari arah pantai...

Dari jauh, kelihatan kapalterbang mendarat di lapangan terbang Langkawi dan sebuah kereta melalui jalan raya keluar dari airport menuju ke satu arah... Dari dalam kereta itu, kita nampak Airport ditinggalkan jauh di belakang dan muzik dari radio kereta kedengaran rancak gila! (kita tak tahu lagi siapa dalam kereta ini)

24. INT. BILIK ASRAMA PEREMPUAN. AWAL PAGI

Julie bangun tidur dan terus tengok phone dengan muka mengantuk...tetiba matanya bulat terbeliak! Macam tak percaya! (Kita tak tahu lagi apa yang dilihatnya)

INTERCUT

25. EXT. JALAN DEPAN FLYING ACADEMY. AWAL PAGI

Kita reveal dalam kereta tadi ialah Am yang sedang buat live video tentang hari pertama dia mendaftar di HM Aerospace ...Dia memakai pakaian kemas dan wajahnya sangat teruja.. Kereta memasuki kawasan HM Aerospace... Am tunjukkan signboard HM di video itu..

Julie masih atas katil dan berbaju tidur, telan liur beberapa kali tengok signboard HM...mukanya macam tak sangka Am berjaya masuk akademi!